Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PPBM Mahu Jalin ‘Pakatan...

PORT DICKSON - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin 'pakatan pilihan raya'...

Negeri Diminta Tetap Nilai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerajaan negeri mengkaji...

Ketua AMK Cabar Ketua...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

Ibu Dan Anak Sama-Sama...

DUNIA akhir zaman, macam-macam berlaku. Seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia 15...

Kren Tumbang Masjidil Haram Buatan Jerman, Bukan China

MAKKAH — Berita tragedi berdarah kren gergasi roboh secara mengejut di Masjidil Haram di sini pada Jumaat lalu akibat cuaca buruk bukan sahaja menjadi topik panas ramai pengguna media sosial di seluruh Arab Saudi.

Malahan, antara topik yang paling menonjol dalam kalangan netizen tempatan apabila ramai mempersoalkan kualiti rendah kren itu sehingga tersebar khabar angin konon jentera berat tersebut adalah buatan dari China.

Cerita spekulasi itu yang menjadi sensasi bagaimanapun segera dinafikan bukan oleh kerajaan China sebaliknya pengeluar jentera berkenaan, Liebherr, sebuah firma perusahaan berat Jerman yang berpangkalan di Switzerland.

“Kren ini memang milik syarikat kami, daripada jenis LR 13000 dihasilkan di kilang Ehingen di Jerman,” ujar Kristian Kueppers, jurucakap Liebherr, yang dipetik portal berita tempatan Arabnews.com pada 14 September.

Pihak firma Eropah tersebut turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang tidak terhingga terhadap ratusan jemaah terbunuh selain mangsa cedera susulan insiden kren setinggi 246 meter itu tumbang minggu lalu.

LR_13000 (2)_10404-0_W615H615
Contoh model kren LR 13000 yang turut digunakan untuk projek pembesaran Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi. – Gambar hiasan

“Pasti ada banyak sebab kren ini tumbang. Ketika ini, Liebherr masih belum dapat memberi apa-apa maklumat apakah punca sebenar jentera itu boleh tumbang. Kami masih menunggu hasil siasatan rasmi,” kata Kueppers.


Model LR 13000 adalah kren paling tinggi di dunia dengan berat 3,000 tan dan berkeupayaan mengangkat beban sehingga 947 tan selain dikatakan tahan uji serta lasak dalam apa sahaja keadaan cuaca ekstrem sekali pun.

Menurut Arabnews.com, ramai netizen di negara tersebut membuat andaian bahawa kren berwarna belang merah dan putih itu adalah buatan China, manakala jika yang kuning lazimnya pasti dikaitkan sebagai buatan Jerman.

Mengulas tanggapan persepsi tersebut, Kueppers menjelaskan sebenarnya tidak ada pengaruh yang menentukan warna standard tertentu untuk membuktikan kren berkenaan sebagai hasil buatan daripada negara asal mana.

Kren besar yang bernilai AS$26 juta (RM112 juta) rebah pada petang Jumaat menyebabkan 111 orang maut dan 331 orang cedera termasuk mangsa dari kalangan bakal jemaah haji Malaysia. — Agensi/Mynewshub.cc/HAA

https://www.youtube.com/watch?v=OR2uVvc9EPI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori