Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Wanita Cabar Polisi Usia...

Minnesota – Seorang wanita berusia 114 tahun yang menjadi liputan media sebelum ini...

Twitter ‘Tipu’ Konon PM...

Di saat ramai memperkatakan tentang keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan buat...

FINA Gantung Wendy Lapan...

KUALA LUMPUR – Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan...

Eksport Herba Dijangka Meningkat...

KUALA LUMPUR - Nilai eksport herba yang meliputi produk terproses dijangka meningkat kepada...

Kualiti Udara Bertambah Baik Di Melaka, Nilai

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negeri di Malaysia dilihat bertambah baik dengan tiada tempat mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 12 tengah hari ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, tiga kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat pagi tadi iaitu Bandaraya Melaka, Bukit Rambai, Nilai dan Muar, telah menunjukkan bacaan indeks pencemaran sederhana.

Bacaan IPU terbaharu bagi Bandaraya Melaka ialah 100, Muar (99), Bukit Rambai (94) dan Nilai (93).

Kebanyakan lokasi lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dan sederhana.

Kualiti udara baik dicerap di kawasan seperti Alor Star, Langkawi, Tanah Merah, Taiping, Tanjung Malim, Kangar, Perai, Sandakan, Limbang dan Kuala Selangor.


Bacaan IPU di Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana, sekitar 68 dan 72.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori