Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Agong Serah Watikah Ketua...

KUALA LUMPUR - Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar, Gloria Corina anak...

Sehingga 15 Februari LHDN...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan sehingga 15 Feb...

Video: Mungkin Ini Merupakan...

Selain kecekapan, kekebalan dan tuah juga perlu ada pada seorang penjaga gawang bola...

Mayat Pekerja Tertimbus Runtuhan...

PETALING JAYA - Mayat seorang lagi pekerja binaan warga Bangladesh, yang terperangkap dalam...

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Pulih Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Keadaan kualiti udara di seluruh negara pulih sepenuhnya pagi ini dengan kebanyakan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan tiada lagi kawasan yang mempunyai bacaan tidak sihat.

Pada pukul malam tadi, hanya satu kawasan iaitu Balok Baru di Kuantan yang merekod kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 101, manakala kawasan lain merekodkan kualiti udara sederhana dan sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 45 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana dengan Seri Manjung, Perak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 95 setakat 9 pagi ini.

Sementara tujuh kawasan di Sabah dan Sarawak mencatat kualiti udara sihat dengan Institut Latihan Perindustrian Miri mencatat bacaan (28), Limbang (32), Sandakan dan Kapit (masing-masing 36), Kota Kinabalu (39), Keningau (43) dan Miri (44).


IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori