Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perjuangan Belum Berakhir, Nasib...

KUCHING : Lebih setahun tempoh yang ditempuhi dengan cabaran pandemik COVID-19 ternyata memberikan...

Tiada Lagi Perkataan Hasutan,...

KUALA LUMPUR - Kesemua Ahli Dewan Rakyat diingatkan agar tidak menggunakan perkataan berbaur...

Misi TGNA Laksana Hudud...

Walaupun disanggah oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, namun PAS akan tetap meneruskan perjuangannya...

Caj Kesesakan Mampu Biaya...

KUALA LUMPUR – Kutipan caj kesesakan yang akan dikenakan ke atas empat lebuh...

Kubur Rosak Ditimpa Pokok Di Paroi Jaya

SEREMBAN – Lebih 50 kubur di Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, di sini, rosak selepas dihempap sebatang pokok besar yang tumbang ketika angin kencang dan hujan lebat lebih sejam pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, beberapa kabel elektrik juga putus terkena dahan pokok itu.

Pekerja sebuah stesen minyak berhampiran, S Tamilarasu, 18, berkata angin kencang dan hujan lebat mulai jam 10 pagi itu menyebabkan orang ramai berlindung dalam bangunan stesen minyak itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat sebelum melihat sebatang pokok besar di kawasan perkuburan yang terletak bersebelahan stesen minyak tumbang menimpa kubur.


“Apabila hujan dan ribut berhenti, saya mendapati banyak kubur yang rosak, namun semua orang tidak berani memasuki kawasan itu kerana terdapat kabel elektrik putus berada di atas tanah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Ghazali Abd Wahid, berkata Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah diminta untuk segera membersihkan kawasan perkuburan itu. – BHarian Online

Pokok Tumbang Hempap 4 Buah Rumah (29 April 2015)

  • Lagi berita berkaitan:
  • kubur

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori