Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Ara Kemalangan, Kereta Hampir...

CUACA yang tidak menentu sejak kebelakangan ini membuatkan banyak kejadian tidak diingini telah...

Justo Tarik Balik Rayuan...

BANGKOK - Dalam satu perkembangan yang dianggap memeranjatkan, lelaki warga Switzerland, Xavier Andre...

Sukma: Perak Sasar 70...

IPOH - Perak berazam muncul juara keseluruhan dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 70 pingat emas...

Skandal Banglo LGE: Alumni...

PUTRAJAYA - Wakil persatuan alumni Pimpinan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) membuat laporan terhadap...

Langkah Jimat Tenaga Elektrik Di Hospital – KSU

KUANTAN – Kementerian Kesihatan mahu menjimatkan tenaga elektrik di hospital kerajaan bagi mengurangkan kos operasi dan melestarikan alam sekitar, kata Ketua Setiausahanya Datuk Dr Chen Chaw Min.

Beliau berkata menerusi kaedah kecekapan penggunaan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, ia berupaya menjimatkan antara 20 hingga 30 peratus penggunaan tenaga asal bagi setiap hospital.

“Hospital adalah fasiliti terbesar menggunakan tenaga elektrik memandangkan ia berfungsi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

“Kebanyakan penggunaannya disumbangkan menerusi penggunaan sistem pendingin hawa berpusat yang berkapasiti tinggi dan peralatan perubatan berteknologi tinggi seperti pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan pengimejan resonans magnetik (MRI).

“Kita boleh melaksanakan penjimatan tenaga sebagaimana yang dilaksanakan di Hospital Putrajaya yang menggunakan kaedah Energy Performance Contractor (EPC) yang berupaya berjimat sehingga RM1 juta setahun,” katanya di sini hari ini.

Dr Chen merasmikan Persidangan Jurutera-jurutera Kementerian Kesihatan Malaysia (MOHEC) 2015 yang bertemakan ‘Green Healthcare Facility For A Better Tomorrow’.


Beliau berkata sekiranya kaedah EPC dapat dilaksanakan di 55 buah hospital di seluruh negara, ia dapat melakukan penjimatan RM40 juta setahun.

“Dengan situasi ekonomi yang kini tidak berapa baik dan langkah pemotongan kos, ini adalah cara yang amat baik di samping mencapai objektif melestarikan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata usaha itu juga selari dengan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 dengan menekankan pembangunan lestari dan terancang dan pada masa sama tidak meminggirkan kehendak ekosistem dan biodiversiti yang merupakan aset penting negara.

“Kita berharap pelbagai usaha agensi kerajaan yang menekankan pembangunan lestari akan dituruti oleh sektor kesihatan swasta bagi meningkatkan keberkesanan dan penyampaan perkhidmatan kesihatan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori