Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita PKR Kritik Kewujudan...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik kewujudan pusat sehenti penjualan...

Bank Rakyat Nafi Biaya...

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan promosi pembiayaan untuk...

2 Nelayan Sekinchan Dijangka...

SEKINCHAN - Dua nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Mac lepas,...

PERDA Bidas Guan Eng...

BUTTERWORTH - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini membidas dakwaan Ketua...

Langkawi Akan Jadi ‘Pulau Karbon Rendah’ Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan, menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, memulakan satu projek perintis bagi mengubah Langkawi menjadi ‘pulau rendah karbon’ pertama Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kajian daya maju mengenai Langkawi Karbon Rendah 2030 sedang dijalankan secara kerjasama dengan kerajaan Korea Selatan, dengan Pulau Jeju digunakan sebagai penanda aras perbandingan.

“Jika Langkawi boleh menjadi contoh bagi tenaga boleh diperbaharui, mobiliti elektrik, pengurusan sisa buangan dan bangunan hijau, ia akan mencetuskan kesan positif ke atas industri tempatan.

“(Ia akan) mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan meningkatkan pendapatan pulau itu dengan menggalakkan pelancongan hijau,” katanya pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa ke-6 Teknologi Hijau dan Produk-Eko 2015 di sini, hari ini.


Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau berharap untuk terus bekerjasama dengan rakan global bagi mengembangkan kapasiti Malaysia dalam teknologi hijau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dan Menteri Alam Sekitar Kemboja Dr Say Samal. – BERNAMA

https://youtu.be/QXjV8ZQ8ueg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori