Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Misteri Kehilangan Budak 4...

Antara yang viral dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp sekarang adalah...

Bayi Ditinggal Di Kaunter...

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki meninggalkan bayi lelaki dianggarkan berusia lima hari di kaunter...

Menangani Isu Penyakit Mental...

KUALA LUMPUR - Sakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat...

5 Mitos Tentang Pertolongan...

MENDAPATKAN pertolongan cemas selepas sesuatu kecederaan adalah sangat penting bagi memastikan keadaan tidak...

Larangan Guna Nama Parti Amanah Negara! – ROS

KUALA LUMPUR – Pendaftar Pertubuhan (ROS) melarang Parti Amanah Negara digunakan sebagai nama baharu untuk `Workers’ Party of Malaysia’ kerana pertukaran nama parti tersebut belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, mana-mana pihak yang menggunakan nama Parti Amanah Negara untuk aktiviti politik boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh ROS.

Beliau menjelaskan, ROS menerima notifikasi mengenai perlantikan Ahli Jawatankuasa Pusat `Workers’ Party of Malaysia’ baharu yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan pada 25 Ogos 2015.

“Sebahagian besar ahli jawatankuasa baharu hari ini terdiri daripada bekas ahli-ahli PAS yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015. Permohonan parti tersebut untuk menukar nama kepada nama Parti Amanah Negara masih belum diluluskan oleh ROS.

“Sehubungan itu, parti tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama tersebut belum diluluskan pindaan oleh ROS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Parti Amanah Negara dianggotai oleh bekas pemimpin PAS pro Pakatan Rakyat yang disingkirkan oleh parti itu dalam pemilihan PAS pada Jun lalu.

Bekas pemimpin terbabit mengambil alih `Workers’ Party of Malaysia’ dan mahu menukar nama kepada Parti Amanah Negara bagi memberi saingan kepada PAS sebagai sebuah parti atas nama Islam.

Mohammad Razin menjelaskan, larangan menggunakan nama Parti Amanah Negara selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

“Pertubuhan-pertubuhan atau parti yang melanggar peruntukan seksyen itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 terhadap parti dan tiap-tiap pemegang jawatannya,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori