Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mendiang Ibu Sedang Siram...

TERKEJUT…seorang wanita terkejut apabila melihat ibunya yang telah meninggal dunia 18 bulan lalu...

‘Siti Kasim Bising, Enggan...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sekali lagi mengajak...

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank...

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh...

SMA Bakal Ditubuh Tidak...

KUCHING – Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk mengawal...

Lebih 100: 12 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Dua belas kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 9 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), situasi itu berlaku di dua kawasan di Kedah iaitu Alor Setar dengan bacaan 118 dan Bakar Arang (Sungai Petani) 105.

Selain itu, bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (105); Perak merangkumi Kampung Air Putih, Taiping (104), SK Jalan Pegoh, Ipoh (104) dan Seri Manjung (105); Kangar, Perlis (106); dan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (101).

Situasi sama turut dikesan di Selangor meliputi Banting (102), Pelabuhan Klang (109), Shah Alam (108) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (113).


Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dan sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori