Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Merokok Di Stesen...

PASTI semua orang tahu bahaya merokok ketika berada di kawasan stesen minyak, apatah...

Epik Klasik Kisah Cinta...

HANG Kasturi menderhaka menentang Sultan Mahmud! Jadi bukanlah Hang Jebat orangnya yang memakai tengkolok Bujang...

Pengundian Awal PRK DUN...

PEKAN - Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Harga Minyak Naik 4...

KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Lelaki Gigit, Makan Hidung Isteri Kerana Tak Jawab Telefon

GARA-gara berang panggilan telefonnya tidak dijawab, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menggigit dan menelan hidung isterinya, baru-baru ini.

Menurut wanita malang itu, suaminya yang berasal dari Shangdong, China itu menghubunginya pada awal pagi ketika dia sedang pulang ke rumah selepas selesai waktu kerja syif malamnya pada Ahad lalu.

Menurut laporan portal Shanghaiist, wanita itu mendakwa tidak menjawab panggilan kerana terlalu penat.

Ekoran berang dengan alasan isterinya itu, si suami dikatakan mengamuk sebelum ‘mengoyakkan’ hidung isterinya di rumah kediaman mereka.

Akibat insiden itu, wanita malang itu terpaksa dikejarkan ke hospital di Jinan.

Berdasarkan laporan kesihatan, keseluruhan hidung wanita tersebut termasuk tisu lembut hidungnya telah ‘hilang’.


Lebih malang, usaha untuk melakukan prosedur penyambungan daripada bahagian hidungnya yang digigit tidak dapat dilakukan kerana suaminya telah memakan bahagian tersebut.

Pihak polis sedang giat melakukan siasatan dan lelaki itu dikatakan masih lagi bebas.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=y2z9ILV713Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori