Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bawa Diri Ke Korea...

AWAK kat mana? Ibarat lagu popular oleh Taufik Batisah, misteri kehilangan Datuk Seri...

Terkenang Guan Eng Kutuk...

FALSAFAH politik 'tiada hujan, tiada banjir' pernah diungkapkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng...

Bocey Antara Muka Baru...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bocey tersenarai sebagai salah satu daripada line-up yang bakal...

Tentera M’sia & Indonesia...

PONTIANAK – Seramai 13 pegawai daripada Briged Ketiga Infantri Malaysia dan 20 pegawai...

Lelaki Paling Pendek Di Dunia Mati Semasa Menjalani Rawatan

KATHMANDU – Seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan secara rasmi oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa pada Jumaat.

Pihak Guinness mengiktiraf Dangi sebagai lelaki terpendek di dunia pada 26 Februari 2012 dengan berukuran 54.6 sm (21.5 inci) tinggi, dan ketika pengesahan oleh pasukan Guinness itu dilakukan, dia telah berumur 72 tahun.

Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal secara kebetulan berada di pulau peranginan wilayah pentadbiran milik Amerika Syarikat di Lautan Pasifik Selatan untuk lawatan singkat.

Dia dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di sebuah hospital tempatan, kata pengurusnya, Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness untuk pelbagai kategori.

Graduan sebuah universiti di Nepal itu yang pernah dinobatkan oleh pihak Guinness sebagai pemutar buku paling laju di dunia seterusnya mendakwa, mendiang Dangi berumur 75 tahun.

Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B. Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain.


“Saya berasa amat sedih dengan kematiannya,” kata Guragain. Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka, katanya.

Selain menjadi lelaki terpendek, mendiang Dangi juga memegang rekod sebagai orang dewasa paling pendek dunia yang pernah diukur. – Agensi/Mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=NPEbyeUAY8Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori