SEORANG lelaki diharamkan daripada menaiki pesawat KLM selama lima tahun kerana cuba membuka pintu pesawat ketika ia terbang pada aras 30,000 kaki mendakwa berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas.
James Gray turut didenda susulan insiden yang berlaku ketika penerbangan dari Edinburgh ke Amsterdam.
Gray berkata, dia hanya menyentuh pemegang pintu berkenaan tetapi telah dituduh oleh anak kapal sebagai cuba membuka pintu pesawat.
Dia kemudiannya diiringi keluar dari pesawat KLM sebaik tiba di Lapangan Terbang Schiphol.
“Kakitangan pesawat memberitahu saya supaya duduk di kerusi dan saya akan ditahan sebaik sahaja pesawat mendarat.
“Saya cuba memberikan penjelasan bahawa ia adalah satu kesilapan dan salah faham tetapi polis telah menahan saya,’’ katanya.
Menurut Gray dia juga terpaksa meminjam wang untuk membayar denda yang dikenakan ke atasnya.
Dalam pada itu, KLM memberitahu penumpang terbabit diserahkan kepada pihak berkuasa disebabkan salah laku yang dilakukannya itu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=y-iD0Kj54Zc