LELAKI warganegara India yang menampar Imam II Masjid Negara ketika solat Jumaat sedang berlangsung semalam, telah ditahan reman bermula pada Sabtu.
BACA: Cuma ‘Orang Gila’ Yang Tampar Imam Ketika Solat
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, suspek yang dikenali sebagai Ahbir Ahmad Khan, 31, dari Kashmir dikenakan tahanan reman selama 14 hari.
“Suspek ditahan reman sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dan melakukan ugutan jenayah,” katanya kepada BH Online.
Semalam, Malaysia digemparkan dengan kejadian Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, ditampar lelaki berkenaan ketika baru hendak memulakan bacaan surah Al-Ankabut pada rakaat pertama.
Insiden kekecohan yang tidak diduga itu sekali gus membuatkan Solat Jumaat terbatal dan ibadah fardu berkenaan terpaksa dilakukan semula sekali lagi.
Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa konon dia terdengar suara halus yang menyuruhnya agar segera menggantikan imam ketika sedang Solat Jumaat.
BACA: Jakin Nafi Khutbah Punca Lelaki Tampar Imam II Masjid Negara
Suspek kemudian dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=mnWIyWLbvDE