Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

1 Maut, 1 Patah...

KUALA LUMPUR - Seorang maut apabila kereta dinaiki dua beradik terbabas di jalan...

Usia Bukan Penghalang, Ruhainies...

USIANYA dalam industri hiburan masih lagi hijau dan dianggap 'anak kecil' jika dibandingkan...

Mangsa Banjir Dakwa Belum...

KLANG : Ada mangsa banjir di kawasan Meru, dekat sini mendakwa masih menunggu...

Harga Mempelam Harumanis Lebih...

KANGAR - Harga mempelam harumanis yang menjadi ikon di Perlis dijangka akan lebih...

Logo PAN Kebetulan Sama Atau Memang Ciplak?

BELUM pun sehari selepas secara rasmi dilancarkan pada 16 September, Parti Amanah Negara (PAN) mencetuskan kontroversi apabila logo badan siasah itu didakwa ramai netizen sebagai meniru logo sama dari luar negara.

Sebelum ini parti serpihan PAS itu menjadi bahan ‘ketawa’ ramai pihak apabila mengunakan panggilan pengenalan Amanah, bukan akronim PAN kerana bimbang akan dianggap seperti sebutan kuali periuk dalam bahasa Inggeris.

Kali ini lebih dahsyat apabila logo Amanah menjadi gurauan pula, bukan kerana isu visual logo tersebut ‘bocor’ sejak tersebar menerusi Facebook sehari sebelum tarikh pelancaran tetapi rupa bentuk logo berkenaan sendiri.

Beberapa blog tempatan mendedahkan, isu logo PAN turut dibangkitkan ramai penyokong parti itu sendiri yang masih lagi belum disahkan pendaftarannya hasil pengambilalihan daripada asalnya Parti Pekerja Malaysia.

amanahajk

Jawapan diberikan Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir dalam satu kenyataan media selepas pelancaran parti tersebut di Shah Alam, Selangor pada Rabu yang dihadiri 3,000 orang juga langsung tidak begitu menyakinkan.

Bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu dalam jawapannya hanya menjelaskan ia serupa secara kebetulan semata-mata dan barisan kepimpinan Amanah turut mengambil maklum komen pelbagai pihak.

Ramai pengguna media sosial turut mendakwa logo PAN konon mirip organisasi rahsia Zionis iaitu Freemason berdasarkan konsep tiga segi dan corak satu matanya tetapi lebih lucu, ada kata ia logo sebuah stesen televisyen.


Dakwaan berkenaan ternyata amat berasas kerana logo PAN menerusi huruf A yang berwarna putih dengan latar warna jingga itu memang 100 peratus ‘sebiji’ sama dengan stesen penyiaran swasta India iaitu Imayam TV.

amanah dan imayam

Timbul keraguan dan persoalan, adakah PAN terlalu terdesak sehingga terpaksa ‘meniru’ logo stesen televisyen berbahasa Tamil 24 jam serta kurang popular yang berpusat di bandar raya Chennai, ibu negeri Tamil Nadu itu.

Perkara tersebut turut dijadikan bahan jenaka netizen pro-PAS yang secara seloroh mendakwa, nama sahaja Amanah, tetapi logo parti itu sendiri membuktikan mereka pun tidak amanah sanggup ‘ciplak’ logo orang lain.

Bukan itu sahaja, khabarnya struktur organisasi PAN sebahagian besarnya ‘salin’ bulat-bulat daripada PAS antaranya unit sukarela Amal, sayap wanita ‘Nisa, tadika Pasti dan banyak lagi seolah-olah ia PAS versi baharu.

PAN sebelum ini dikenali Gerakan Harapan Baru ditubuhkan sekumpulan pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti Islam itu diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori