Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Semua Bentuk Bazar Ramadan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memutuskan tiada sebarang bentuk bazar Ramadan dibenar...

Penyokong Kerajaan Cadang Sidang...

GEORGE TOWN - Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar persidangan Dewan...

Amah Larikan Wang Kemas...

Bukit Mertajam : Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah wanita warga asing yang...

UMNO P.Pinang Buat Laporan...

BUKIT MERTAJAM - UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis susulan pelbagai...

Mahkamah: 2 Lelaki Bangladesh Didakwa Kurung Rakan Senegara

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej dan pelayan bar warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengurung rakan senegara, seorang operator kilang, di sebuah bilik, bulan lepas.

Hossain Murad, 24 dan Syeed Mohammad Al Hasan, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Mereka didakwa mengurung Monshe Shahid Ullah, 29, juga warga Bangladesh selama enam hari di dalam bilik utama sebuah rumah di No. 11-13, No. 568 Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh Dalam, di sini daripada pukul 1 pagi, 13 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 343 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 12 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Nor Diana Nor Azwa manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=IJQNKeg9iLs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori