Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Pemuda PAS Ikrar Berdiri...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan tetap berdiri teguh disisi...

Ada Permintaan PPBM Masuk...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Sri Lanka Berminat Pelajari...

KUALA LUMPUR - Sri Lanka berminat mempelajari kepakaran Malaysia dalam bidang pensijilan halal...

Peserta Running Man, Song...

BETUL ke pelakon dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo...

Mahkamah: Kes Ibu Lupus Mayat Anak Disebut Semula 13 Okt

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Selayang hari ini menetapkan 13 Okt untuk sebutan semula kes seorang suri rumah yang didakwa melupuskan mayat anak lelakinya dengan menanam mayat itu di bawah lantai dapur pada Mac lepas.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil untuk menyempurnakan proses serahan dokumen.

Pada 12 Jun lepas, Tan Boa Jia, 33, didakwa atas tuduhan melupuskan mayat Loo Yong Shen Evan, 9, yang didakwa dibunuh suaminya Loo Chon Wen, 33, di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, pada 2 petang, 29 Mac lepas.

Tan, yang diwakili peguam Kitson Foong didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, manakala suaminya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori