Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Alami Kerugian, Datuk Rafiena...

PENERBIT filem terkenal, Datuk Rafiena Ezanee Ramli nekad memfailkan saman tuntutan terhadap pelakon...

Video: Obama Kutuk IS...

BEIRUT - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengutuk tindakan militan Negara Islam (IS)...

Wujud Desakan PAS Bertanding...

KUANTAN - PAS Pahang mengakui wujudnya desakan daripada akar umbi parti itu di...

Selebriti Tempatan Tumpang Bangga...

KEJAYAAN Mohd. Faiz Subri menggondol anugerah berprestij FIFA Puskas Award mencipta sejarah sebagai...

Remaja Lelaki Didakwa Bunuh ASP Margaret Tagum

KLUANG – Seorang remaja lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang pegawai polis trafik, awal bulan ini.

Remaja berumur 17 tahun dan tidak bersekolah itu dituduh membunuh ASP Margaret Tagum Goen, 32, di Batu 4, Km58, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, antara 1 pagi dan 2.45 pagi, 6 Sept lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Remaja itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Ibu dan bapa tertuduh turut hadir di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 28 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rasidah Abd Radzaz manakala remaja lelaki itu diwakili peguam Vijaya Sandran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori