Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UMNO Sedia ‘Masuk’ BN...

GURUN - UMNO bersedia memasuki 'payung besar' Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam...

Lori Bawa Minyak Hitam...

SHAH ALAM - Sebuah lori satu tan yang membawa minyak hitam terpakai terbalik...

Selagi Belum Isteri, Nazim...

PELAKON kacak Nazim Othman menyatakan pendiriannya enggan bergambar secara mesra bersama tunangnya, aktres...

Stor Tayar Di Taiping...

TAIPING - Pemilik stor yang menyimpan pelbagai jenis tayar di kawasan perusahaan Kamunting...

Mahkamah Tetapkan 30 Nov & 1 Dis Bicara Kes Curi Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan dua hari iaitu 30 Nov dan 1 Dis untuk perbicaraan kes seorang penganggur yang didakwa atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini, Julai lalu.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memaklumkan bahawa permohonan representasi untuk menggugurkan pertuduhan yang dikemukakan tertuduh Shahrul Anuar Abdul Aziz, ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.

Sehubungan itu peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Shahrul Anuar, 22, memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan.

Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengemukakan surat representasi pada 14 Ogos. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori