KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung permit dua akhbar, The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai lalu.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman dikemukakan syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn. Bhd. bagi membatalkan keputusan penggantungan terbabit.
Asmabi dalam penghakimannya berkata penggantungan berkenaan melanggar undang-undang lazim dan bertentangan Seksyen 7(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. – BH ONLINE