Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gadis Siam Lunyai Digasak...

SEORANG wanita Thailand dibogelkan secara paksa dan dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan oleh...

Kemenangan PRK Sungai Kandis...

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Kes Pukul Pemandu Hon...

JOHOR BAHRU - Empat lelaki dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil...

Penolong Pengurus Syarikat Media...

PUTRAJAYA - Seorang penolong pengurus sebuah syarikat media direman selama enam hari di...

Mahu Tampil Unik, Wanita Tangkap Gambar Kahwin Sendiri

MENARIK! Seorang jurugambar wanita dan suaminya yang berasal dari Estonia telah memutuskan untuk melakukan satu keunikan dalam majlis perkahwinan mereka pada Ogos lalu.

Tampil membawa kelainan serta berbeza dengan orang lain, Liisa Luts dan suaminya telah bersetuju untuk ‘menangkap’ gambar perkahwinan mereka sendiri serta menggunakan bantuan cermin jika diperlukan.

Mereka kebetulan memang menjalankan syarikat fotografi serta videografi secara kecil-kecilan di Tallin dan ramai orang terkejut dengan keputusan aneh mereka itu.

Mana tidaknya, majlis perkahwinan seperti ini mestilah dirancang serta diatur dengan teliti dan setiap saat-saat bahagia itu wajib dirakam dengan sempurna.

Saya mahukan sesuatu yang berbeza, bukannya gambar yang menawan atau galeri gambar yang menarik  dan glamor tetapi saya mahukan gambar ‘kami’ dengan lebih banyak.

“Jadi apa yang lebih bermakna kalau bukan saya yang mengambilnya sendiri,” kata Liisa kepada media tempatan.

Rasanya bagi pasangan yang mahu mengurangkan bajet untuk berkahwin, mungkin boleh cuba praktikkan cara ini, ia bukan sahaja jimat kos malah dapat memuaskan hati diri sendiri lagi.

Lihat gambar-gambar unik yang telah dihasilkan pasangan ini, ternyata ia lebih menarik dan setaraf dengan gambar-gambar perkahwinan yang dirakamkan jurugambar profesional.  – MYNEWSHUB.CC

2

3

4

5

6

9


7

8

10

11

12

13

14

15

16

17

19

20

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori