Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pemuda Dakwa Diserang Anak...

GEORGETOWN : Satu rakaman video memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah kafe...

3 Pelajar ILP Cedera...

KUALA TERENGGANU - Tiga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak di sini,...

Geng Pecah Rumah Tiga...

KOTA TINGGI - Dua lelaki dipercayai geng pecah rumah di tiga Felda dekat...

Harimau Malaya Diberi Sasaran...

PETALING JAYA – Persatuan Bola sepak Malaysia meletakkan sasaran final kepada skuad Harimau...

Mangsa Banjir Di Perlis Dibantu Sewajarnya, Kata Shahidan

ARAU – Mangsa-mangsa banjir di Perlis akan dilayan dan diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Katanya Majlis Keselamatan Negeri Perlis telah menguruskan pemindahan mangsa-mangsa terbabit ke pusat-pusat pemindahan dan memberi bantuan terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas sejak bencana itu melanda dua hari lepas.

“Penduduk-penduduk di kawasan berisiko tinggi sentiasa dipantau dan jika perlu mereka akan dipindahkan serta-merta,” kata Shahidan yang ditemui melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Guar Gajah di sini, Jumaat.

Sehingga pukul 4 petang ini hanya tinggal pusat pemindahan Kampung Stesen di Arau yang masih menempatkan lapan orang daripada tiga keluarga.

Di Kangar pula tiga pusat pemindahan masih dibuka, iaitu di Kampung Tok Kandang (6 keluarga, 26 orang), Dewan Orang Ramai Repoh (14 keluarga, 42 orang) dan Sekolah Kebangsaan Bintong 45 keluarga, 84 orang).


Pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Kampung Padang Melaka di Batu Bertangkup dan Dewan Orang Ramai Kampung Panggas Besar dalam Parlimen Padang Besar telah ditutup hari ini dan semua 70 mangsa daripada 17 keluarga dibenarkan pulang.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (ABPN) Perlis turut membuat persediaan menghadapi banjir.

Menurutnya Bintong dan selatan Perlis adalah dua kwasan paling berisiko dilanda banjir berikutan hujan lebat dijangka melanda lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori