Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pesta Wau Langkawi Dijangka...

LANGKAWI - Pesta Wau Terbuka Langkawi yang diadakan untuk kali ke-10 di Kampung...

Contohi Pendekatan Nabi Muhammad...

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah menyeru umat Islam di negeri...

Faye Kusairi Ingin Lupakan...

KUALA LUMPUR - Pelakon Faye Kusairi ingin terus mengambil pendekatan pandang ke hadapan...

Aplikasi WhatsApp Hubungkan Warga...

NEW DELHI - Bagi kira-kira 40 warga Malaysia yang bekerja di ibu negara...

Maria Chin Dan 7 Lagi Didakwa Sertai Protes Jalanan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan tujuh lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyertai protes jalanan #KitaLawan pada 28 Mac lepas.

Mereka didakwa di mahkamah berasingan.

Mereka didakwa menyertai protes jalanan itu bagi tujuan antaranya Reformasi dan Bebaskan Anwar dan Bebas Berhimpun Bebas Bersuara.

Bagi kes pertama, Maria dan tiga lagi iaitu pengerusi Jingga 13; Mohd Fariz Abd Talib@Musa, pengurus sekretariat Bersih 2.0; Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru; Sim Tze Tzin didakwa di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa bersama dengan orang lain yang masih bebas menyertai suatu protes jalanan bagi tujuan tertentu di hadapan kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir di hadapan Kompleks Sogo antara 3.15 petang hingga 6 petang, 28 Mac lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori