Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Letak OKU Dalam Kompartmen...

KUALA LUMPUR - Tindakan meletakkan orang kurang upaya (OKU) di dalam kompartmen berpagar...

Ganjaran RM5,000 Cari Pembunuh...

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau...

Musa Diikat Jamin RM2...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan bekas Ketua Menteri...

Pelamin Bertemakan Kelab Bola...

KALAU dulu tema pelamin lebih banyak didominasi dengan perhiasan bunga-bungaan dan renda-renda yang...

Masa Untuk DAP, PAN Hentam PAS Sudah Tamat – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS memberi amaran masa untuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) menghentam parti itu sudah berakhir.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kini tiba masa untuk PAS pula memberi penerangan kepada orang ramai mengenai isu yang dibangkitkan.

“Masa untuk DAP menghentam PAS sudah di hujung. Masa untuk untuk G18@GHB@Amanah Negara memburuk-burukkan PAS sudah di puncak.

“Ulang dan ulanglah lagi.. tiada siapa pun akan menghalang,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, sudah tiba masa untuk rakyat mendengar daripada PAS pula yanghadir dengan Islam, benar dan istiqamah.


“Hujung untuk rakyat Malaysia adalah pilihan untuk menyokong kebenaran. Semoga Allah memberkati Malaysia,” katanya.

DAP dibantu PAN yang dianggotai bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu giat menghentam PAS dalam pelbagai isu.

DAP antaranya mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penipu dan pengkhianat Pakatan Rakyat kerana enggan tunduk kepada permintaan DAP.

Akibatnya, PAS mengumumkan parti itu membatalkan kerjasama dengan DAP bagi mempertahankan akidah PAS sebagai sebuah parti Islam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori