Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Givi Asia Labur RM2.5j...

JOHOR BAHRU - Pengeluar aksesori motosikal terkenal dan berkualiti dari Itali, GIVI Asia...

Syed Iqmal Lepas, Bebas...

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang didakwa...

6 Sekolah Di Kelantan...

TUMPAT - Sebanyak enam sekolah di Kelantan tidak dapat dibuka pada sesi persekolahan...

Perkataan ‘Popia’ Dieja ‘Fukia’...

SEKEPING gambar menunjukkan sebuah gerai di bazar Ramadan dengan menggunakan banting tertera tulisan...

Mayat Lelaki Ditemui Lemas Di Gerik

IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika sedang memukat ikan di Kampung Pulai Belayar, Gerik, kira-kira 170 kilometer dari sini pada Isnin lepas, ditemui lemas, malam tadi.

Mayat Abdul Manan Ahmad, 28, ditemui terapung oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik pada pukul 9.30 malam tadi, kira-kira 12 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Ketua Bomba Zon 2 Perak, Mohamad Yusoff Abdul Manan berkata, mangsa difahamkan ke sungai itu seorang diri pada pukul 7.30 pagi, Isnin lepas dan terjatuh daripada bot ketika baru keluar dari jeti.

“Kehilangan mangsa disedari penduduk kampung berkenaan apabila menemui bot bersama pukat di tempat mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata pihaknya yang menerima laporan berhubung kehilangan mangsa telah mengadakan operasi mencari di sekitar kawasan sungai berkenaan.

Seramai 75 anggota daripada pelbagai agensi sekitar Gerik termasuk orang kampung menyertai operasi mencari dan menyelamat itu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori