Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

8 Perompak Orkim Harmony...

KUANTAN - Lapan individu yang ditahan di Pulau To Chu, Vietnam, semalam disahkan...

Pelakon Terkenal Korea Jadi...

PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho baru-baru ini telah dilantik menjadi duta...

Sasar 100 Syarikat Peruncitan...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan 100...

Najib Mahu Harimau Malaya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan skuad...

MCA Sedia ‘Gempur’ Kit Siang Di Gelang Patah

SEGAMAT – MCA sedia ‘menggempur’ pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Pengangkutan itu berkata bagi ‘menggempur’ Lim di Gelang Patah, MCA akan bertindak menyuarakan pandangan serta perasaan rakyat melalui pemimpin akar umbi MCA.

“Apa yang terjadi (di Gelang Patah) sekarang Lim (Kit Siang) langsung tak layan penduduk di Gelang Patah, terus hilangkan diri sehingga penduduk cari beliau ke merata tempat bagi mengadu masalah mereka.

“UMNO setuju kembalikan kerusi itu kepada MCA pada PRU nanti, tetapi kita tunggu nanti adakah Lim berani bertanding balik di Gelang Patah kerana beliau susah nak duduk di satu tempat secara tetap, suka melompat kerana lama sangat duduk takut rahsia dia terbongkar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di sini, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA.


Pada PRU Ke-13, Lim menewaskan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Liow berkata selain Gelang Patah, UMNO juga menyatakan persetujuan untuk memberikan semula kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA pada PRU akan datang.

“Pada PRU yang lepas MCA pinjamkan tiga kerusi Parlimen kepada UMNO iaitu Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan. Hari ini kita umum Gelang Patah dan Wangsa Maju (dipulangkan kepada MCA),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori