Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Laluan ECRL Diubah Semula...

PUTRAJAYA - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan...

Baru 6 Bulan Bersalin,...

BULAN Ramadhan yang barakah ini nyata memberi berita gembira buat pelakon muslimah kelahiran...

Penyokong JDT Mulakan Perjalanan...

JOHOR BAHRU - Hujan turun dengan lebat pagi tadi, namun lebih 1,500 penyokong...

Walau Terjatuh, KD Tetap...

Walaupun menghadapi beberapa 'dugaan' di sepanjang durasi lebih dua jam,  namun diva pop...

Meru, Klang Jadi Sesak Angkara Papan Tanda Runtuh

SEBUAH papan tanda jalan raya di Batu 4 Jalan Meru, berhampiran Setia Alam, Selangor runtuh akibat tersangkut pada bahagian belakang sebuah lori pasir pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi tu, menyebabkan laluan menghubungkan Meru dan Setia Alam terhalang, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas yang teruk.

11938055_603203589820525_3200978972421696050_n 11953078_881562435270659_320372644882843813_n 11949484_715305381935487_6089606860230558558_n

Tambahan pula, ketika itu merupakan waktu puncak orang ramai keluar bekerja.

Menurut laporan 1news, jalan tersebut ditutup buat sementara waktu dan pengguna jalan raya yang mahu menuju ke Meru dinasihatkan  menggunakan laluan alternatif lebuhraya NKVE.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Nor Omar Sappi berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila bahagian belakang sebuah lori pasir tiba-tiba terbuka lalu terkena papan tanda berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja mengalihkan papan tanda yang runtuh sedang giat dijalankan dan keadaan trafik kembali pulih,” katanya.

Tambahnya,  insiden itu itu menyebabkan jalan berkenaan yang menjadi laluan utama penduduk sekitar Meru dan Klang sesak teruk. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori