Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

7 Anggota Geng Ah...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tujuh anggota geng Ah Leong yang aktif melakukan...

COVID-19: Ingkar Perintah Kawalan...

KUALA LUMPUR - Keingkaran kepada Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga...

Venue Pertandingan Sukma Siap...

KUCHING - Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom yakin pembinaan...

Mengapa PH Gentar Hadapi...

Semalam Ahli Parlimen Sri Gading dari Bersatu telah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri.Walaupun masih menyokong kerajaan, beliau mengatakan ini adalah "langkah pertama" untuk "memperbetulkan kesilapannya" iaitu apabila dia menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

MIC: Hampir Semua Bahagian Selesai Penamaan Calon

JOHOR BAHARU – Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan yakin pemilihan semula parti itu dapat dilakukan bulan depan kerana hampir semua bahagian sudah menyelesaikan proses penamaan calon.

“Ada beberapa bahagian belum sempat mengadakan pencalonan tetapi lebih 60 peratus telah dipilih tanpa bertanding. Saya yakin kita akan adakan pemilihan di peringkat pusat pada 24 dan 25 Okt ini,” katanya.

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Perbahasan Tamil Institusi Pengajian Tinggi Awam/Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Malaysia Kedua anjuran Majlis Belia India Malaysia Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas pemilihan itu, MIC mahu terus memperkasa parti berusia 68 tahun itu untuk menjadi parti utama pilihan kaum India selain menumpukan usaha kepada menyediakan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Seperti yang diumumkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, kita mahu MIC jadi pilihan masyarakat India, menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa depan terutamanya sektor pendidikan dan ekonomi,” kata Saravanan yang juga Pengasas Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM).

Pemilihan Bahagian MIC diadakan atas arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang memberikan tempoh sehingga akhir Oktober bagi melaksanakan semula proses pemilihan parti itu.


Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 MIC menetapkan 18, 19 dan 20 Sept sebagai tarikh penamaan calon untuk semua jawatan peringkat Bahagian serta 25, 26 dan 27 Sept bagi pemilihan peringkat bahagian.

MIC telah mengadakan pemilihan peringkat cawangan pada Julai lepas dan pemilihan bagi jawatan Presiden pada 21 Ogos lepas dengan Dr Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MIC untuk pemilihan semula penggal 2013-2016.

Namun, kemenangan Dr Subramaniam menghangatkan lagi krisis parti itu berikutan bekas presiden Datuk Seri G.Palanivel turut diumum sebagai presiden parti dalam penamaan calon oleh penyokongnya pada 9 Ogos lepas.

MIC dilanda krisis apabila wujud perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis tahun lepas yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi CWC.

RoS membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori