Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Program E-Tunai Rakyat Tak...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bukan tujuan kerajaan mewujudkan program...

Keputusan STAM 2015 Antara...

PUTRAJAYA - Sejumlah 4,211 atau 67.8 peratus daripada 6,213 calon yang menduduki peperiksaan...

Polis Dikecam Geledah Rumah...

"INI sesuatu yang tidak wajar, kenapa tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) juga...

Anggota MIC Harus Bersatu...

BUTTERWORTH - MIC bersedia untuk menerima kembali semuaƂĀ anggotanya dari kumpulan yang berlainan bagi...

Mohamad Khir Toyo Dihukum Penjara 12 Bulan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara sesuai dengan kes itu.

Hakim Zulkefli berkata program khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara seperti dicadangkan oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah tidak sesuai kerana ia hanya untuk pesalah muda dan kesalahan ringan.

Dr. Mohamad Khir dihantar ke Penjara Kajang.

Pada 22 Sept, panel itu menolak rayuan akhir Dr. Mohamad Khir dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr. Mohamad Khir, yang merupakan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dr. Mohamad Khir, 50, yang berada dalam keadaan berdiri dalam kandang tertuduh, kelihatan tenang semasa mahkamah menjatuhkan hukuman itu.


Mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga, orang ramai dan wakil media. Isteri beliau Zahrah, 50, turut hadir.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Hakim Datuk Ramly Ali.

Dr. Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Dr. Mohamad Khir diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani mewakili pihak pendakwa raya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori