Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Buat Ujian Kendiri COVID-19...

PUTRAJAYA - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu...

Khairul Hafiz Jantan Gagal...

KUALA LUMPUR — Hilang fokus sekali lagi menjadi alasan jaguh pecut Asia Tenggara,...

Dakwaan Salah Guna Kuasa,...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman Mara bagi menyiasat dakwaan salah guna...

Pertikaian Ola Bola Tidak...

TAPAH - Pertikaian antara bekas pemain bola sepak kebangsaan dengan syarikat produksi filem...

Monyet ‘Ketua’ Skuad Haiwan Halau Burung

BEIJING – Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menggunakan khidmat haiwan untuk memastikan ruang udaranya bebas burung demi keselamatan pesawat yang terbabit dalam Perarakan Hari Kemenangan.

Monyet, burung falcon dan anjing nampaknya lebih berkesan daripada ayam, arnab dan burung merpati yang diletakkan di zon letupan pelabuhan Tianjin minggu lalu untuk melihat sejauh mana boleh hidup di situ.

Sebaliknya tiga haiwan itu memainkan peranan lebih ‘ganas’ iaitu menghalau burung di lokasi latihan.

Langkah itu diambil kerana burung dilihat punca kebanyakan kejadian nahas pesawat berikutan impak pelanggaran oleh burung seberat 1.8 kilogram terhadap kapal terbang yang bergerak 700 kilometer sejam sebenarnya lebih kuat daripada bedilan peluru tentera.


Monyet yang dilatih khas ditugaskan memanjat pokok dan menghapuskan sarang, selain meninggalkan bau yang tidak menyenangkan bagi burung.

Jurucakap PLA Han Bing berkata: “Kaedah ini tidak memakan belanja tinggi selain kadar risiko rendah dan amat berkesan.”

Katanya, anjing pula digunakan untuk menghalang burung dari padang manakala burung falcon menghalau dari ruang udara. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori