Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rahsia RM1 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR – Setiap kali menjelangnya bulan ini, debaran warga peneroka Lembaga Kemajuan...

Disangka Urat, Rupanya Cacing...

MENAKUTKAN... Seorang lelaki di China terkejut dan tidak menyangka 'urat’ pada kakinya itu...

Kerajaan Bentang Pindaan Perlembagaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had...

Terengganu Diminta Timbang Elaun...

KUALA TERENGGANU – Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Negeri Terengganu sekali lagi memohon kerajaan...

Mosti Sedia Melakukan Pembenihan Awan Jika Jerebu Kembali

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam keadaan siap sedia melakukan operasi pembenihan awan berikutan jangkaan jerebu akan kembali dalam jangka masa seminggu, kata menterinya Datuk Madius Tangau.

“Kami dimaklumkan bahawa keadaan jerebu akan kembali pada bila-bila masa minggu ini, bagaimanapun pembenihan awan akan dilakukan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi 100 untuk tiga hari berturutan.

“Sekarang kami dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya jerebu kembali,” katanya selepas merasmikan Kongres Antarabangsa Sains dan Alam Semula Jadi (ISNaC) 2015 di sini Isnin.

Akhbar harian The Star memetik jurucakap Jabatan Meteorologi Dr Hisham Mohd Anip bahawa pembentukan sisten angin ribut taufan di timur Filipina mungkin menolak angin membawa kembali jerebu dari Indonesia ke Malaysia.


Ia dijangka berlaku mulai esok dan berakhir awal bulan depan bergantung kepada kekuatan ribut taufan terjadi dan juga bilangan pembakaran hutan di Indonesia.

Pada Rabu lalu operasi pembenihan awan di utara Selangor, selatan Perak dan barat Pahang telah berjaya menghasilkan hujan di kawasan terlibat.

Negara diselubung jerebu sejak minggu lalu berikutan pembakaran hutan di Indonesia menyebabkan sekolah-sekolah di beberapa negeri ditutup dan beberapa syarikat penerbangan menjadual semula penerbangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori