Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

UNESCO Nafi Iktiraf Islam...

PIHAK Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan dakwaan pihaknya telah...

Langkah Bung bukti BN...

Pemimpin empat parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membidas tindakan pemimpin BN Sabah...

“Dulu Aku Parking Camni...

REALITI hidup berjiran, tidak semuanya indah. Kadang-kadang buat 'sakit hati' saja apabila dapat...

1,000 Pasang Kasut Tiruan...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan...

Motif Jahat Tersirat Stesen TV Singapura Fitnah Najib

SAMA ada BERSIH 1 sehinggalah ke BERSIH 4, mereka bertopengkan matlamat kononnya membersihkan sistem pilihan raya, kebebasan sistem kehakiman, penggunaan dakwat kekal dan pelbagai alasan bodoh lain.

Hakikatnya, rata-rata rakyat Malaysia sedar bahawa demonstrasi haram BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO iaitu parti umat Melayu terbesar negara ini.

Sebaliknya, BERSIH 4 bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang hebat difitnah musuh politiknya dari luar dan dalam UMNO sendiri, kini terbukti telah menyelamatkan Najib.

Semuanya gara-gara kebiadapan perserta BERSIH 4 yang langsung tidak sensitif dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap “pantang” atau “mencabar” bangsa Melayu.

Orang Melayu yang selama ini terkenal dengan sikap bertolak ansur dan lemah lembut secara tiba-tiba telah bangkit bingkas menunjukkan taringnya.

Terima kasih tidak terhingga buat pemijak biadap gambar Perdana Menteri, Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasonal serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya.

BERSIH 4 telah menyatukan semula orang Melayu dan melenyapkan harapan kolusi DAP untuk memerintah negara serta memusnahkan harapan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan mengikut telunjuknya.

Baca: Dokumentari A Fractured NationÂť Berat Sebelah

Menyedari hakikat itu, stesen Singapura, Channel NewsAsia (CNA) menerusi program Insight telah menerbitkan sebuah dokumentari berjudul “A Fractured Nation” untuk memutar belitkan hakikat sebenar.

Dalam dokumentari tersebut,  mereka langsung tidak menceritakan bahawa kebangkitan umat Melayu pada 16 September lalu adalah tindak balas spontan terhadap sikap kurang ajar peserta BERSIH 4.

Mereka biadap memijak gambar PM dan Presiden PAS, aksi mereka membawa penyapu sepertimana berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan pelbagai bentuk penghinaan lain ke atas PM oleh penyokong DAP di BERSIH 4.

Sebaliknya, CNA memutarbelitkan cerita dengan menuduh Najib pula yang menganjurkan Himpunan Merah untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada skandal yang beliau hadapi.

Seperti media asing lain yang tidak pernah berhenti memburukkan Malaysia, CNA telah mengeluarkan semula cerita basi yang sudah dijawab berkali-kali oleh kita.

Bermula dengan saman Anina yang tidak pernah dilantik oleh UMNO untuk mewakilinya, isu siasatan FBI berdasarkan dokumen palsu yang digunakan oleh WSJ, isu USD 700 juta dalam akaun Najib yang SPRM sendiri sudah sahkan bukan dari 1MDB dan pelbagai fitnah lain yang terbukti telah gagal menjatuhkan Najib.


Meneliti rentetan serangan terhadap Dato Seri Najib oleh Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya ini, boleh saya simpulkan serangan ini terbahagi kepada 7 Fasa berikut:-

Fasa 1 – Membangkit kebencian rakyat terhadap Najib.  Memainkan isu 1MDB, Jho Low, Rosmah, Perkahwinan Anak Najib, Kos Sara Hidup dan lain-lain  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 2 – Menggunakan beberapa individu berpengaruh di dalam UMNO untuk mempersoalkan tentang 1MDB dan dana PRU13.  (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 3 – Menggunakan Muhyiddin Yassin dan Beberapa Pegawai Kanan Kerajaan untuk mendesak Najib melepaskan jawatan. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 4 – Cubaan melakukan undi tidak percaya ke atas Najib di Parlimen. (Gagal Menjatuhkan Najib)

Fasa 5 – Menggadai semua prinsip perjuangan dan melacurkan diri menyertai BERSIH 4 dengan harapan rakyat bangkit menentang Najib.  (Gagal dengan segagal-gagalnya)

Fasa 6 – Menggunakan Khairuddin Abu Hassan, Mathias Chang dan media asing untuk memberikan tekanan antarabangsa terhadap Najib.  (Gagal kerana FBI pun lari apabila Najib sampai New York, mereka juga termakan fitnah Mahathir)

Fasa 7 – Dihormati sebagai negarawan atas jasa memerintah negara selama 22 tahun. Namun malangnya, akhirnya pergi dan diingati sebagai seorang yang GAGAL.

Apa lagi yang Mahathir mahu? Tidak cukupkah kekayaan yang telah dipunggah selama 22 tahun memerintah? Apa guna jika Najib dapat dijatuhkan tapi proksi kamu mewarisi kerajaan yang terlalu lemah akibat serangan-serangan dari kamu yang bertalu-talu ini.

Masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan.  Gunakanlah pengalaman memerintah selama 22 tahun itu untuk bantu mengukuhkan negara, bukan untuk menghancurkannya.

Itulah sifat sebenar yang patut ada pada mana-mana negarawan. Dendam kesumat hanya akan membawa kepada kehancuran.  Esok lusa mungkin kita dijemput Ilahi, jangan sampai anak kita pula yang terima padah akibat perbuatan kita. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori