Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Noh Omar Lepaskan Jawatan...

TANJONG KARANG - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, hari ini...

620 Murid Cipta Rekod...

ISKANDAR PUTERI - Seramai 620 murid daripada 24 sekolah rendah dan 32 taska...

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan...

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang...

NS Bakal Jadi Lembah...

JELEBU – Sebuah rangka modul perniagaan akan dibangunkan antara kerajaan Negeri Sembilan dan...

Muhyiddin Akui Memang Ada Konspirasi Jahat Guling PM

RAMAI penganalisis politik tanah air menjangkakan Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin parti itu akan dipecat pada Rabu.

Itulah khabar angin yang tersebar luas dan berjaya dimainkan dengan begitu berkesan oleh media pro-pembangkang beberapa hari lalu sehinggalah berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada 9 September.

Ironi, Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal masih mengekalkan jawatan dalam parti, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa mereka akan dipecat susulan penyingkiran dari Kabinet, dua bulan lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malah dengan yakin berkata, kedua-dua mereka itu menyatakan komitmen sepenuhnya kepada parti dan beliau menghargai kehadiran mereka pada mesyuarat Majlis Tertinggi.

“Mesyuarat MT berlangsung dalam suasana yang cukup menyenangkan dan semua orang menunjukkan semangat setiakawan. Kedua-dua pemimpin ini juga meluahkan kesetiaan mereka kepada parti.

“Mereka turut akan memastikan Barisan Nasional (BN) bakal menang pada pilihan raya umum ke-14 yang akan datang,” katanya pada sidang media selepas tamat mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Najib juga memaklumkan mesyuarat MT selama empat jam itu ada menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana pihak kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

“Kita telah meminta masa selama enam bulan untuk pelan rasionalisasi 1MDB, dalam usaha ia mengurangkan hutangnya. Setakat ini kita telah menerima beberapa tawaran yang begitu menggalakkan.

“Tetapi saya tidak boleh menyebutnya pada masa sekarang, kerana ia masih lagi dalam proses. Sebaik tamat, saya akan membuat pengumuman secara rasmi,” kata Najib dengan penuh yakin.

mtumno_1_20150909_1990589813

Apa yang tidak dilaporkan oleh kebanyakan akhbar adalah Muhyiddin memaklumkan kepada semua ahli MT UMNO bahawa beliau menyedari mengenai konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Bagaimanapun bekas Menteri Pendidikan itu memang tidak terlibat langsung atau menjadi sebahagian daripada plot konspirasi berkenaan. Dari satu segi, Muhyiddin mengesahkan apa yang dinafikan beberapa bulan lepas.

Ya memang terdapat konspirasi jahat untuk menjatuhkan Najib daripada jawatannya. Dan lebih dahsyat, rancangan konspirasi ini melibatkan beberapa agensi atau individu daripada beberapa agensi awam.

Jangan terkejut, ini termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara (AGC), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengumumkan bahawa PDRM telah melancarkan siasatan rasmi terhadap konspirasi jahat untuk menumbangkan kerajaan Malaysia.

Ia disiasat bukan hanya semata-mata satu konspirasi rahsia untuk menjatuhkan Perdana Menteri seorang diri tetapi juga konspirasi terbesar untuk menumbangkan keseluruhan kerajaan negara ini.

Apa yang menariknya ialah Muhyiddin mengakui beliau menyedari mengenai konspirasi ini, beliau tidak menjelaskan kenapa beliau berdiam dan tidak membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri.


Logiknya orang nombor dua sepatutnya melindungi yang nombor satu. Ia sama seperti analogi pengawal keselamatan di sebuah bank tidak beritahu polis bahawa dia menyedari mengenai rompakan akan berlaku.

Tetapi pegawal ini tidak terlibat dalam rompakan itu – anehnya dia pula tidak melakukan apa-apa usaha pun untuk menghentikan plot rompakan tersebut sehinggalah ia betul-betul berlaku dan polis langsung tidak dimaklumkan.

Apakah sebabnya ahli parlimen Pagoh ini mengunci mulut dan membisu selama ini? Adakah mereka mengugutnya jika beliau berani mendedahkan konspirasi tersebut, maka Muhyiddin juga akan digulingkan selepas itu?

Atau adakah beliau ada dijanjikan akan mendapat manfaat paling besar dengan bakal dilantik sebagai Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya anekdot konspirasi tersebut berjaya mengikut rancangan ditetapkan.

Bagaimanapun, jika mereka meneruskan rancangan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib pada sesi persidangan Parlimen bulan depan, jawapan kepada persoalan itu sebenarnya akan terjawab akhirnya.

Jika Muhyiddin enggan menyertai undi berkenaan dan menyokong Najib, maka beliau secara automatik semestinya tidak terlibat, atau menjadi sebahagian daripada anggota geng konspirasi jahat tersebut.

Tetapi jika beliau menyertainya, maka Muhyiddin nyata bersama-sama dengan kumpulan anti-Najib. Secara matematik, BN kini ada 134 kerusi berbanding pembangkang hanya 87 kerusi dan seorang wakil bebas.

Sekadar renungan, akhbar The Wall Street Journal telah menerbitkan satu lagi artikel mengenai isu 1MDB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ia menunjukkan bahawa seseorang dalam PAC sendiri tergamak ‘khianat’ menjual maklumat rahsia kepada The Wall Street Journal untuk jumlah harga yang banyak, tetapi ia masih belum dapat ditentukan lagi.

Penulis blog politik terkenal, Raja Petra Kamarudin tanpa ragu mendakwa, sudah tentu suspek utama adalah Tony Pua, wakil Petaling Jaya Utara dari DAP yang sebelum ini sering lantang menghentam 1MDB tanpa henti.

Tidak syak lagi ia masih hanya satu syak wasangka dan polis perlu memanggilnya untuk merakamkan keterangan. Tetapi di Malaysia, anda sudah dianggap bersalah kecuali anda dapat membuktikan diri anda tidak bersalah.

Malah Perdana Menteri sendiri tertakluk kepada standard pengadilan di Malaysia. Kecualilah Tony Pua boleh membuktikan bahawa bukan beliau yang menjual maklumat sulit PAC kepada akhbar asing pro-Zionis itu.

Sehingga kini maka kita boleh menganggap taraf beliau sama sahaja sebagai bangsat yang bijak menggunakan kedudukan istimewa dalam PAC di Parlimen untuk membuat wang dengan cara mudah.

Inilah bagaimana caranya sistem keadilan di Malaysia berfungsi walaupun bagi seseorang yang bergelar Perdana Menteri. – Agensi/Mynewshub.cc

Sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Kuala Lumpur pada 9 September 2015.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori