Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

UMNO Sabah Beri ‘Hadiah...

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah akan memberi 'hadiah' paling istimewa kepada Perdana Menteri...

Malaysia Jumpa Thailand Final...

NILAI – Malaysia akan berentap dengan Thailand pada final acara kejar mengejar berpasukan...

Sidang Dewan Negara Diawal,...

PANAS... Persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bermula 16 April dan berakhir 30 April...

UPSR Diteruskan Sehingga Tiba...

KOTA KINABALU - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah...

Najib Akan Fail Permohonan Untuk Batalkan Saman Anina

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh akan memfailkan permohonan esok untuk membatalkan saman berhubung wang RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dan presiden parti itu.

Peguam Nor Emilia Mohd Iszeham yang mewakili Najib dan Abdul Rauf memberitahu media bahawa kedua-dua defendan juga akan memfailkan satu lagi permohonan iaitu untuk menggantung prosiding beberapa permohonan yang difailkan plaintif sementara permohonan untuk membatalkan saman didengar.

“Kami akan memfailkan permohonan itu esok,” katanya selepas kes itu disebut di dalam kamar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin.

Pada 28 Ogos lepas, Anina Saadudin, bekas anggota UMNO, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.


Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anina pula berkata mahkamah mengarahkan pernyataan pembelaan difailkan selewat-lewatnya 1 Okt.

Aizul Rohan berkata mahkamah menetapkan 26 Okt untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori