Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lori ‘PKR’ Lari Roadblock,...

SEBUAH lori muatan berlebihan yang enggan melalui pemeriksaan polis terpaksa dilepaskan beberapa das...

Tak Perlu Apologetik Pertahankan...

KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu apologetik dalam mempertahankan perkara-perkara yang menyentuh tentang...

Guan Eng Pinggir ‘Lim...

SEMUA tahu, Lim Kit Siang merupakan antara pemimpin pembangkang yang disegani. Begitu juga dengan...

Agong Perkenan Pelantikan Enam...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan enam anggota Suruhanjaya...

Najib Beri Penghormatan Kepada Allahyarham Jamaluddin Jarjis

NEW YORK – Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat tahunan ke-5 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sini.

Sambil menyifatkan Jamaluddin sebagai seorang daripada arkitek GSIAC, Perdana Menteri berkata Jamaluddin memberi sumbangan besar kepada penciptaan dan pertumbuhan GSIAC seterusnya.

“Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis meninggalkan kita semua terlalu cepat, dan dengan tiba-tiba, April lepas. Mari kita mengambil masa sejenak bagi mengingati Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis,” kata Najib sebelum tayangan video dua minit di mesyuarat itu bagi memperingati Jamaluddin di sini Isnin (Selasa di Malaysia).

Bekas Menteri dan anggota Parlimen Rompin dan lima yang lain terbunuh dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Kajang pada 4 April lepas semasa dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke Subang.


Najib berkata: “Pemergian JJ merupakan satu kehilangan peribadi kepada saya, kerana dia adalah seorang rakan yang sangat rapat dan seseorang yang banyak jasanya kepada negara. Apabila dia menjadi duta kita di Washington, beliau memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

“Kami di sini hari ini meneruskan kerja-kerja yang JJ membantu untuk memulakannya. Saya pasti dia akan berbangga dengan apa yang telah kita capai dan kerja-kerja yang kita akan terus lakukan hari ini,” kata Perdana Menteri.

Allahyarham Jamaluddin sebagai Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, bersama-sama dengan Tan Sri Zakri Abdul Hamid, memainkan peranan penting dalam membawa bersama-sama pakar-pakar antarabangsa, ahli akademik, penerima anugerah Nobel dan pemimpin industri bagi membincangkan ekonomi Malaysia yang pesat berkembang dengan penekanan kepada pelaksanaan dan hasil yang ketara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori