Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Mengaku Tak Bersalah...

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu semalam...

Johor Rayu Moratorium Pinjaman...

JOHOR BAHRU : Kerajaan Johor merayu supaya mangsa banjir negeri ini yang terjejas...

Nurul Wahab Kecil Hati...

PETALING JAYA - Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu...

PRU-15 Wajar Diawalkan, Selesaikan...

KUCHING : Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik...

Najib Kutuk Sekeras-Kerasnya Gejala Islamophobia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengutuk sekeras-kerasnya gejala Islamophobia dengan menyatakan ia merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi yang melampau.

Memberi contoh Islamophobia, Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, merujuk kepada satu insiden di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki Islam ditahan polis hanya kerana mencipta sebuah jam yang disangkakan sebagai bahan letupan.

“Inilah yang dipanggil Islamophobia. Tindakan mereka yang sentiasa cuba mengaitkan Islam dengan keganasan ini sangat dikutuk,” katanya.

Beliau berkata Islam sering dikaitkan dengan keganasan walhal keganasan merupakan krisis kemanusiaan yang melibatkan semua tanpa mengira agama, dan ramai lagi gologan bukan Islam yang melakukan keganasan.

Peperangan yang mengorbankan nyawa beratus ribu orang di Iraq dan kekejaman Israel ke atas Palestin juga merupakan satu bentuk keganasan, malah ia lebih besar skalanya dan sudah berlaku berdekad-dekad lamanya, kata Najib.


“Penggunaan bom nuklear dan bom kimia jika digunakan, yang membunuh berjuta-juta orang awam, juga adalah satu keganasan.

“Mereka ini bukannya beragama Islam, namun tidak pula dianggap sebagai pengganas,” katanya.

Untuk itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya bersatu melindungi satu sama lain tanpa mengira agama. – BERNAMA

https://youtu.be/BsWlLoe9u_4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori