Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Keputusan Kes Ibu Tampar...

NIBONG TEBAL - Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini menanggguhkan kepada 8...

44 Bekas Ahli Parlimen...

COLOMBO - Perdana Menteri Baharu Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan 44 bekas pembuat...

Gambar Aksi Pasangan Gay...

GAMBAR yang memaparkan aksi pasangan gay dari Rusia hasil bidikan jurufoto dari Denmark,...

Buah Tangan Sulung Tiesha,...

MUNGKIN ramai yang masih belum mengenali nama Tiesha Syed Latiff Shah, namun nama...

Najib Terima Anugerah ICT Di Ibu Pejabat PBB

NEW YORK – Perjalanan hidup seorang wanita muda di utara semenanjung Malaysia tidak lagi indah selepas beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut keupayaannya untuk berjalan.

Namun segala-galanya berubah selepas beliau diberi sebuah komputer, boleh berhubung secara dalam talian, seterusnya mewujudkan sebuah laman web serta mengendalikan blog.

Hari ini, beliau menjalankan perniagaan dalam talian yang berkembang maju dan memperbaiki kehidupan dengan memanfaatkan peluang tanpa batasan yang ditawarkan menerusi Internet,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berucap pada majlis jamuan malam gala selepas menerima ‘Anugerah ICT Dalam Pembangunan Lestari’ bersempena sambutan ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Sabtu.

Beliau berkata pendapatan wanita itu meningkat berlipat ganda menerusi perniagaan dalam talian yang dijalankannya, dan beliau mengalami perbezaan menakjubkan yang dibawa ICT dalam hidupnya.

Inilah sebenarnya manifestasi paling bermakna yang dibawa ICT sebagai daya pengubah kehidupan,” kata Najib.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar; Duta Malaysia di Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Ramlan Ibrahim.


Najib berkata untuk Malaysia menjadi sebuah negara ekonomi maju dan inklusif, kerajaan memberi penekanan ke arah mempertingkatkan pewujudan masyarakat celik IT yang berpengetahuan dan berkemahiran, dengan disokong oleh industri ICT yang mantap, teguh dan lestari.

Beliau berkata usaha akan diperkukuhkan untuk memacu ICT dalam ekonomi pengetahuan menerusi empat strategi utama — mencergaskan semula industri ICT, memastikan bekalan modal insan ICT berkualiti tinggi yang mencukupi dan berterusan, menambah baik prasarana ICT dan meneruskan penyertaan digital.

Najib berkata ini akan meningkatkan produktiviti menerusi inovasi dan menambah daya saing yang membawa kepada pewujudan kekayaan yang lebih besar.

Kami percaya negara kami akan berkembang maju menerusi inovasi dan ICT untuk mewujudkan sebuah negara pintar digital,” katanya. - BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori