Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Abang Botak’ Sebak Beraya...

PETALING JAYA - Seorang pekerja stor sebak selepas terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam...

Aksi Lucah Dalam Kereta...

JIJIK... Perlakuan tidak senonoh seorang lelaki yang beronani di dalam kereta berhampiran sebuah...

2 Pelajar Maut Dirempuh...

MARAN - Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 1, maut selepas motosikal...

Cabul : Polis Terima...

PETALING JAYA : Polis setakat ini menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak melibatkan...

Najib Terima Sumbangan 534 Lembu Korban Parlimen Pekan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sumbangan sebanyak 534 lembu korban daripada 15 buah syarikat untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di Parlimen Pekan.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam satu majlis akad penyerahan oleh wakil syarikat terbabit di bangunan Perdana Putra, di sini pada Khamis.

Antara syarikat itu ialah Sapura Holdings Sdn. Bhd. yang menyumbang 128 ekor lembu, NAZA Group (75), DRB-HICOM Berhad (50), WZR Property Sdn. Bhd. (30), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (30) dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (28).

Turut terlibat ialah Roadcare (M) Sdn. Bhd. yang menyumbang 28 ekor lembu, HeiTech Padu Berhad dan Nukima Sdn Bhd (20), GBP Corporation Sdn. Bhd. (20), AJ Aeroservices Sdn. Bhd. (20) dan Kini Unggul Sdn. Bhd. (15).


Lembu berkenaan akan disumbangkan kepada pihak pengurusan masjid, surau, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan ibadah korban di seluruh Parlimen Pekan.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 September. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori