Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

RUU Kualiti Alam Sekitar...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2022 untuk meningkatkan penalti...

Mahathir, Ku Li Berkongsi...

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dijangka mengadakan...

Tony Pua Pun Kecut...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua akhirnya mengakui beliau adalah kenalan kepada...

KPN Arah Kesan Pengendali...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat...

Najib Umum Langkah Pengalakkan Pelancongan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa langkah penggalakkan untuk sektor pelancongan termasuk pengecualian visa kepada pelancong dari China dan rancangan membangunkan produk ikonik negara.

Najib, dalam sidang media khas berkaitan ekonomi di sini, mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih, seperti negara ASEAN, China dan India.

Beliau turut mengumumkan pengecualian visa kepada pelancong dari China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Okt tahun ini sehingga 31 Mac tahun depan.

“Selanjutnya pemberian visa akan dipermudahkan kepada pelancong daripada negara pengunjung utama, dengan pengenalan sistem e-visa,” katanya.

Najib juga mengumumkan pembangunan produk ikonik negara termasuk memberi nafas baru kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana serta menambah baik ketersambungan dengan KL Sentral melibatkan kos RM1.1 bilion.

“Ini adalah untuk memenuhi potensi produk pelancongan berasaskan kebudayaan dan warisan yang akan dilaksanakan melalui kaedah Perkongsian Awam-Swasta bermula tahun depan dengan dana pemudah cara sebanyak RM220 juta,” katanya


Najib turut mengumumkan pembangunan bersepadu Desaru Coast Destination Resort, yang merangkumi hotel, taman tema air, pusat persidangan serta pembangunan rumah percutian dan perkampungan membeli-belah dengan kos projek fasa 1 sebanyak RM4.5 bilion.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pembangunan industri pelancongan kesihatan yang banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa akan diperhebatkan.

“Langkah-langkah yang terperinci akan diumumkan dalam Bajet 2016 kelak,” katanya.

Najib akan membentangkan Bajet 2016 pada 23 Okt ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori