Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tun M Akui Jadi...

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menjadi perdana menteri dalam senario...

‘Harta Saya Dikikis, Duit...

AGAK terkejut kami mendengar kenyataan vokalis kumpulan Wings, Awie menerusi akhbar Berita Harian, hari...

Pelancong Hong Kong Kempunan...

KISAH ini terjadi pada seorang pelancong Hong Kong, Stomper Ho yang teringin untuk...

Tangki Simpanan Minyak Pulau...

SINGAPURA - Satu kebakaran berlaku melibatkan sebuah tangki simpanan minyak di Pulau Busing,...

Nurul Depp Dedah Terima Mesej ‘Stranger’ Ajak Buat Seks

PENYANYI berkulit hitam manis, Nurul Depp mendedahkan baru-baru ini dia diganggu dengan kiriman mesej berbaur lucah daripada individu yang tidak dikenali.

Menurut penyanyi Cinta Azali ini, mesej berunsur gangguan seksual itu dikirimkan kepadanya oleh individu yang menggunakan nama Jaha Lat menerusi emel.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Nurul menerima mesej sedemikian. Malah, suaminya Eric Depp juga dikatakan telah memberi amaran terhadap stranger berkenaan namun tidak memberi sebarang kesan.

nourul

Ekoran berang dengan hal tersebut, Nurul bertindak memuat naik ‘screenshot’ mesej lucah berkenaan menerusi laman Instagramnya.

Malangnya, tindakannya mendedahkan hal tersebut mengundang pelbagai reaksi dari peminatnya yang beranggapan mesej tersebut tidak sesuai dikongsi kepada umum dan seolah-olah buka aib diri sendiri.


Bagaimanapun, Nurul kemudian menjelaskan tindakannya dan mendakwa niatnya hanyalah mahu beri peringatan kepada wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati jika dapat mesej seperti itu daripada pengirim e-mail tersebut.

“Tujuan utama saya memuat naik mesej berbaur lucah itu bagi memberi amaran kepada individu terbabit untuk menghentikan perbuatan tidak bermoralnya.

“Saya berjaya menghentikan tindakan terkutuk individu terbabit dengan berkongsi mesej itu di laman sosial. Namun, sebaliknya saya pula dikutuk kerana membuat pendedahan berkenaan.

“Ada sesetengah individu terlalu cepat mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa. Apa saja dikongsikan artis dijadikan bahan jenaka dan diperlekehkan walaupun ia adalah perkara serius.

“Saya juga manusia biasa seperti orang lain yang punya hati dan perasaan. Tidak salah menegur cuma kadang kala tidak kena pada tempatnya. Kita bukan maksum untuk menilai dan mencari kesalahan orang sesuka hati,” katanya kepada BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori