Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sokong Usaha Naikkan Had...

CYBERJAYA - Usaha menaikkan had umur minimum perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18...

Gantung Keanggotaan Rusia: PBB...

GENEVA : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhirnya mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) untuk...

KREN TUMBANG – 6...

MAKKAH -- Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil...

Mayat Wanita Dalam Lubang...

JOHOR BAHRU  - Polis menemui mayat seorang wanita dipercayai pemilik sebuah syarikat menjual...

Nurul: Gelaran Datuk Kerana Kerjaya, Bukan Askar Wataniah

RASANYA bukan sikit-sikit kecaman yang diterima anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah berhubung status dan gelaran Datuk yang diterima.

Zaid-31

Berikutan itu, Nurul tampil menerusi laman Instagramnya memberi penjelasan cerita sebenar, sekali gus memperbetulkan segala tuduhan terhadap dirinya.

Menurut Nurul, gelaran Datuk yang diterimanya tiada kena mengena dengan jasanya sebagai Ketua Perbarisan ketika menjadi Askar Wataniah seperti yang diperkatakan ramai baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau dianugerahkan gelaran itu atas sumbangan dalam kerjayanya sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

nurul

“Hak bersuara saya dinafikan. Tetapi saya tampil untuk menafikan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bahawa gelaran Dato’ itu adalah kurniaan yang terima kerana menjadi ‘Parade Commander’ atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan itu,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Nurul turut menempelek segelintir pihak yang mempersoalkan ‘jasa’ yang dilakukan.


“Untuk pengetahuan umum, gelaran Dato’ TIDAK TERHAD kepada ‘jasa’ apa yang diberikan oleh seseorang kepada sesebuah negeri.

“Ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku kehendaki.

“Walaubagaimanapun, gelaran Dato’ itu adalah gelaran di dunia sahaja. Yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup.

“Kepada yang menyebarkan fitnah, kita akan berjumpa kelak di mahkamah Allah,” tulisnya lagi.

Pada masa yang sama, Nurul menyatakan tidak akan sesekali memalukan Askar Wataniah dengan kontroversi gelaran Datuk yang dikaitkan dengan organisasi itu.

Nurul menjadi perhatian ramai selepas dia dilihat lantang bersuara mengkritik peserta perhimpunan haram jalanan Bersih 4.0 sebagai perbuatan sia-sia. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=F4VSRuOy4yo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori