Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Usia 67 Tahun Baru...

BRUSSELS - Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di ibu negara Belgium untuk bantah...

IKEA Mohon Maaf, Tarik...

BEIJING - Gedung perabot gergasi IKEA, menarik balik iklan televisyennya di China, selepas...

Lelaki Parah Jatuh Dari...

SANDAKAN - Seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tempat...

Burukkan Ahmad Maslan Di...

SEORANG kakitangan awam berdepan tindakan tata tertib jika gagal mengemukakan alasan terbaik, tindakannya memuatnaik status...

Nyaris Tertelan Tiga Gigi Palsu Ketika Nikmati Sushi

HONG KONG – Seorang wanita di sini melalui pengalaman menjijikkan apabila tergigit tiga gigi palsu ketika menikmati sushi sewaktu makan malam.

Anak perempuannya dilaporkan membawa pulang sushi itu untuknya yang dibeli di sebuah restoran di kawasan Tsz Wan Shan.

Namun, wanita itu terkejut apabila tergigit sesuatu yang keras dalam hidangan ikan salmon yang dikunyahnya. Apabila diludahkan, dia melihat tiga gigi palsu di dalam makanan itu.

Anaknya mengambil gambar gigi palsu itu dan mengadu kejadian itu kepada Sushi Express.

Bagaimanapun, pengurusnya berkata pekerjanya tidak menggunakan gigi palsu selain diwajibkan memakai topeng ketika menyiapkan makanan.


Restoran Sushi Express itu kini disiasat Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar.

Syarikat itu berjanji menyiasat kejadian itu termasuk memastikan asal usul gigi berkenaan. – Agensi

https://youtu.be/W2JGS_orwok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori