Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Air, Elektrik Di...

PUTRAJAYA - Isu bekalan air bersih dan elektrik yang membelenggu penduduk luar bandar...

ROS Nafi Dakwaan Luluskan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menafikan dakwaan agensi itu sudah...

HFMD : Sebuah Bilik...

KUALA LUMPUR - Sebuah kelas di Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 2 di...

Pantai Penuh 200,000 Biji...

KUALA TERENGGANU - Kisah penduduk berebut kutip ikan atau beras dari lori terbalik...

Objektif Pakatan Harapan Jadikan Anwar PM

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mengumumkan agenda utama gabungan parti pembangkang yang baru ditubuhkan tersebut adalah untuk menjadikan banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Pakatan Harapan dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan secara bersama oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) selepas mengambil kira kepentingan rakyat.

“Parti-parti yang hadir bersidang dalam rundingan meja bulat yang dipanggil oleh Ketua Pembangkang pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan.

“Ia dianggotai PKR, DAP dan PAN berkuatkuasa hari ini. Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14),” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh isteri Anwar selaku Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.


Kata Pakatan Harapan, gabungan pembangkang tersebut yakin Anwar individu paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti kerajaan Malaysia.

Keputusan Pakatan Harapan itu bercanggah dengan pendirian PAS selama ini yang menegaskan Perdana Menteri yang baharu jika pembangkang menang PRU ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori