Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Kesal Keputusan Berat...

INCHEON - Keputusan kontroversi oleh komisar perlumbaan telah meragut peluang jaguh trek negara...

KPN Sah Ada Laporan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan...

Sultan Johor Tidak Adakan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan dukacita kerana...

Nenek Makan Pasir 2kg...

SEORANG warga emas berusia 78 tahun dari India mendedahkan tips atau petua kekal...

Pahang Perkenal Karung Khas Angkut Bauksit

RAUB – Kerajaan negeri akan memperkenalkan penggunaan karung khas untuk mengangkut bauksit bagi mengurangkan masalah pencemaran yang diakibatkan oleh aktiviti perlombongan bahan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata karung khas hasil inovasi sebuah syarikat itu akan dikuatkuasakan penggunaannya setelah pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu sebelum ini menemui jalan buntu.

“Kita akan memperkenalkan karung khas ini yang mampu memuatkan 2,000 kilogram bauksit. Bauksit akan dimasukkan di dalam karung itu sebelum dibawa keluar.

“Karung ini tahan lasak dan tidak mudah pecah walaupun dijatuhkan dari atas bumbung. Kita kena gunakan kaedah ini kerana penguatkuasaan yang dilakukan selama ini tidak memberi kesan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di Dataran Raub di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Wanita Dan Keluarga negeri merangkap pengerusi sambutan Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Hadir sama barisan exco kerajaan negeri serta lebih 2,000 anggota asyarakat.


Adnan berkata beliau akan mengadakan pertemuan lagi dengan para kontraktor dan operator pengangkutan tidak lama lagi bagi membincangkan soal tersebut.

Beliau berkata kerajaan negeri prihatin dengan sumber mata pencarian mereka yang terlibat dalam aktiviti perlombongan mineral tersebut termasuk peneroka dan lebih 12,000 pemandu lori yang mengangkut bahan tersebut.

Sementara itu dalam ucapannya, beliau mengingatkan rakyat agar menghargai perpaduan dan keamanan yang dikecapi selama ini.

“Kita mesti hargai keamanan, bila ada keamanan barulah ada kemakmuran. Kita kena peliharanya walaupun kita mempunyai perbezaan pendapat dan fahaman,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori