Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pendekatan Laksana Hukum Syariah...

SHAH ALAM – Pendekatan menunjukkan Islam bukan agama yang keras adalah baik dari...

10 Sebab Utama Kenapa...

ANDA sudah mula berdiet sejak beberapa bulan yang lalu namun berat badan masih...

Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman...

PETALING JAYA – Penyanyi nasyid dan Komposer Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati apabila...

IRDA Catat RM13 Bilion...

Kuala Lumpur : Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) mencatatkan RM13 bilion nilai...

Paip Pecah Punca Kesesakan Di Jalan Tun Razak Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Insiden paip pecah di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira dua kilometer di sepanjang Jalan Tun Razak arah selatan di sini, pagi ini.

Menurut penyelia Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Fauzan Asnawi, kerja-kerja pembaikan paip yang pecah petang semalam, tergendala berikutan berlaku kemalangan di kawasan itu malam tadi.

“Kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan malam tadi menyebabkan kerja pembaikan tergendala dan terpaksa diteruskan pagi ini. Kami menjangkakan kerja baik pulih selesai kira-kira 11 pagi ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan Amerika Syarikat, P. Muralli berkata gangguan bekalan air turut berlaku di beberapa kawasan berhampiran sejak semalam namun dijangka pulih selepas kerja-kerja pembaikan paip berkenaan siap.

Jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata, keadaan trafik kembali terkawal kira-kira pukul 9.30 pagi apabila dua lorong telah dibuka bagi melancarkan aliran lalu lintas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori