Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ekspedisi Tawan Kutub Utara...

TIGA penjelajah Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) dijangka tiba di titik 90 darjah Kutub...

AS ‘Buat Masa Ini’...

TEHRAN - Amerika Syarikat (AS) pada masa ini, dijangka akan kekal dalam perjanjian...

Dijangkiti Virus, Wany Hasrita...

DISEBABKAN bekerja terlalu keras, penyanyi meningkat naik, Wany Hasrita dikejarkan ke sebuah hospital...

Salleh Dedah Matlamat Politik...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis...

Parkir Dikurangkan Untuk Atasi Kesesakan Di KL

KUALA LUMPUR – Bilangan ruang meletak kenderaan di bandar raya ini akan dikurangkan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, idea itu adalah untuk mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

“Kami sedang mengkaji rancangan ini (untuk mengurangkan ruang meletak kenderaan) secara menyeluruh dari segi kesannya dan akan melaksanakannya selepas selesai pembinaan Jajaran 1 projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketujuh mengenai Bandar Raya Mapan Bertaraf Dunia 2015 (WCSC 2015) di sini, Selasa.

20150929_PEO_OPENING WORLD CLASS SUSTAINABLE CITIES _ ( R-L ) DATUK BANDAR KUALA LUMPUR DATUK MHD. AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ _ DEPUTY MINISTER FEDERAL TERRITOTIES DATO DR LOGA BALA MOHAN _ DEPUTY PREISDENT REHDA DATO IR SOAM HENG CHOON _PHOTO BY
Dari (kiri) Pengerusi WCSC 2015, Datuk N.K. Tong; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin. – Foto Sam Fong

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin dan Pengerusi WCSC 2015, Datuk N.K. Tong.

Katanya rancangan itu termasuk mengenakan kadar caj tempat letak kenderaan yang lebih tinggi dan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk tempat meletak kereta.


Loga berkata projek seperti MRT dan Light Rail Transit (LRT) membolehkan orang ramai bergerak tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.

Persidangan WCSC 2015 anjuran bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL REHDA), Institut Perancang Malaysia (MIP) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) serta mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Persidangan itu bermatlamat meningkatkan kesedaran warga kota dan lain-lain pihak berkepentingan membolehkan bandar raya berfungsi. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori