Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

AS Rekod 1,965 Kematian...

WASHINGTON - Angka korban akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh...

Pemandu Lori Maut, 2...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori maut manakala dua kelindan cedera selepas kenderaan...

Pengusaha Pusat Cuci kereta...

Sungai Petani - Seorang pengusaha pusat cuci kereta maut ditembak di hadapan rumahnya...

Presiden Zambia, Michael Sata...

LUSAKA - Presiden Zambia, Michael Sata meninggal dunia di London, di mana beliau...

PAS Akan Teruskan Amalan Bai’ah – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan bekas pemimpin parti itu yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN) akan dihina Allah S.W.T kerana memperlekehkan bai’ah.

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bai’ah adalah sunah nabi yang unggul yang menjadi milik perjuangan Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu, katanya, PAS akan terus mengamalkan bai’ah dalam amalan politik parti itu.

“Tiada yang melecehkannya kecuali dihina oleh Allah S.W.T. Kekallah PAS mengamalkan sunah bai’ah di sepanjang zaman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bai’ah Talak ‘Cederakan’ PAS – Khalid Samad

Bekas sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengecam hebat amalan bai’ah PAS kerana didakwa lari daripada akidah Islam yang sebenar.


Nik Mohamad Abduh dalam pada itu menegaskan, parti itu akan tetap berpandukan kepada Al-Quran dan Sunah dalam berpolitik walaupun kembali bersama dengan Pakatan Rakyat 2.0.
Tegasnya, ia kerana rakyat Malaysia mencintai Islam sebagai agama untuk dunia dan akhirat mereka.

PKR kini sedang berusaha memujuk PAS menyertai semula gabungan pembangkang selepas disingkirkan pada Jun lalu.

PKR membuat pusingan U untuk kembali bekerjasama dengan PAS kerana bimbang sokongan Melayu ke atas parti itu menurun apabila mendapati perhimpunan Bersih 4.0 hanya didominasi kaum Cina.

Gara-gara terdesak untuk meraih sokongan ahli PAS, PKR terpaksa mengabaikan bantahan yang dibuat DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) berhubung kerjasama dengan PAS tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori