Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Koperasi Kredit Boleh Pelopori...

KUALA LUMPUR - Koperasi kredit tempatan disaran mempelopori produk insurans dalam usaha mempelbagai...

Kucing Diiktiraf Sebagai Pelajar...

SERING berlegar dan kadang kala turut sama mengikuti pembelajaran di Sekolah Tinggi Leland,...

Kartunis Datuk Lat Dirawat...

IPOH - Kartunis tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai...

ROS Panggil 3 Pertubuhan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengeluarkan notis terhadap tiga pertubuhan disyaki...

PAS Sokong Himpunan Rakyat Bersatu 16 September

KUALA LUMPUR – PAS menyokong Himpunan Rakyat Bersatu yang mahu dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara pada 16 September ini berdasarkan hak demokratik rakyat Malaysia untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS melihat perhimpunan itu wajar diterima dan diraikan oleh semua pihak termasuk pihak berkuasa di negara ini.

“Bagaimanapun PAS tidak dapat menyertai perhimpunan itu kerana PAS baru selesai menganjurkan Kongres Rakyat pada 12 September lalu di Shah Alam, Selangor yang melibatkan kehadiran ahli dan penyokong dari seluruh negara.

“Kami dapat adalah membebankan sekiranya mereka sekali lagi diminta ke ibu kota untuk menghadiri perhimpunan lain pada tarikh yang begitu hampir iaitu 16 September 2015,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Takiyuddin bagaimanapun beranggapan tarikh penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015 kurang sesuai kerana tarikh itu merupakan sambutan Hari Malaysia.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan-persatuan silat mahu mengadakan perhimpunan aman untuk orang ramai secara besar-besaran bagi menunjukkan sokongan kepada kerajaan dan mengecam pihak yang mahu menghuru-harakan negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori