Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Hadir Majlis Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin...

Kedah Kini Zon Hijau...

PUTRAJAYA - Kedah yang merekodkan 95 kes jangkitan sebelum ini kini menjadi negeri...

Ucapan Dasar Presiden Rasmi...

PERHIMPUNAN Agung UMNO yang berlangsung dari 29 November 2016 hingga 3 Disember menyaksikan perhimpunan...

Hishammuddin Dilantik Menteri Tugas-Tugas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas...

Khutbah Aidiladha: Dewan Ulama PAS Perak Sokong JAIP

KUALA LUMPUR – Ulama PAS menyokong penuh khutbah Hari Raya Aidiladha oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini yang menyelar umat Islam yang menyokong perjuangan parti cauvanis DAP.

Dewan Ulama PAS (DUP) Perak dalam satu kenyataan berkata, PAS bersetuju dengan kandungan khutbah itu kerana ia tidak berbentuk fitnah sebaliknya berunsur nasihat khusus untuk umat Islam negara ini.

Sehubungan itu, DUP Perak kecewa dengan pemimpin Melayu DAP kerana sanggup menggugut mahu mengambil tindakkan undang-undang terhadap JAIP jika enggan menarik balik khutbah itu dan memohon maaf kepada pemimpin DAP.

“DUP Perak amat-amat kecewa bagaimana seorang Muslim beragama Islam berhasrat menyaman sebuah badan yang memelihara dan menjaga kewibawaan Islam. Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah seorang yang menghayati Islam.

“DUP Perak bersolidariti dan memberi sokongan penuh terhadap sikap tegas JAIP tidak memohon maaf kepada DAP bagi memelihara maruah sebuah badan yang diberikan amanah menjaga martabat dan kesucian agama Islam, agama yang terang dan jelas terpelihara dalam Perlembagaan negara,” kata Ketua DUP Perak, Sidek Mohd. Noor dalam kenyataan itu hari ini.

PARTI Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sehubungan itu, Sidek menasihatkan pemimpin DAP berketurunan Melayu terbabit supaya bertaubat dan membatalkan hasrat untuk mengambil tindakkan undang-undang agar mereka tidak dilihat berterusan menentang agama Allah S.W.T.


Beliau turut menjelaskan, sikap keras dan lantang DAP terhadap isu pelaksanaan syariah Islam khususnya berkaitan isu Kanun Jenayah Syariah Kelantan punca PAS memutuskan kerjasama politik PAS dengan DAP bagi menjaga akidah Islam.

“DUP Perak menegaskan sekali lagi agar DAP jangan suka campurtangan urusan Islam apatah lagi berhasrat mencampuri urusan badan yang telah diamanahkan menjaga pentadbiran Islam seperti JAIP,” tegasnya.

DAP Pahang sebelum menggugut untuk menyaman JAIP dan khatib khutbah Hari Raya Aidiladha yang menyelar sikap orang Islam berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP jelas anti-Islam.

Ugutan itu dibuat dalam sidang media dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara yang baru menyertai DAP, Datuk A.Samad Said serta Pakar Perundangan yang turut menyertai DAP pada Julai lalu, Dr. Abdul Aziz Bari. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori