Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bilangan Penjawat Awam Tak...

KUALA SELANGOR - Kerajaan tidak akan menambah atau mengurangkan bilangan penjawat awam, malah...

Kebakaran Apartmen Cetus Panik...

KEBAKARAN besar di Menara Grenfell di Jalan Latimer dekat Notting Hill, barat London...

Bicara Ubah Perintah Nafkah...

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini menetapkan 16 Mei...

Ambil Alih Projek NFC...

PONTIAN - Proses pengambilalihan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) akan dimuktamadkan dalam masa...

PAS Tidak Tergugat Dengan DAP, PAN

KUALA LUMPUR – Tohmahan demi tohmanan yang dilemparkan oleh DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan menjejaskan semangat ahli dan penyokong PAS untuk meneruskan gerak kerja politik parti itu.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, walaupun PAS bakal berhadapan kesukaran memperoleh kemenangan namun parti itu berada dilandasan terbaik.

“Ramai yang bertanya kenapa begitu ramai yang meninggalkan PAS? Mereka sepatutnya turut bertanya kenapa masih lebih ramai yang menyertai PAS.

“Malah memberi sokongan dan dokongan dalam gerak kerja PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Muhammad Ismi dalam pada itu meminta ahli PAS supaya bertentang walaupun terdapat pemimpin dan ahli parti itu meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai PAN.

“Namun dalam masa yang sama, lebih ramai ahli baru (PAS) didaftarkan, malah setiap kelompangan jawatankuasa itu berjaya diisi sekalipun ada tempat-tempat yang hampir kesemua ahli jawatankuasa meletakkan jawatan,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori