Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Urus Lengkapkan Inisiatif Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menyifatkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) sebagai...

Laluan Khas Pengundi Di...

PONTIAN - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama memberikan...

Presiden Pro-Mahasiswa Cedera Parah...

KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Shahir Rahimi mengalami...

Isteri Chef Riz, Shikin...

Anak kepada tukang masak terkemuka negara, Chef Wan, iaitu Chef Riz, meluahkan kesyukuran...

Pasangan ‘Kaki’ Pil Kuda Guna Anak Tipu Duit Orang Ramai

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.. itulah yang berlaku apabila sepasang suami isteri yang sudah banyak meraih duit haram dengan menjaja cerita sedih, ‘kantoi’ akhirnya.

Ianya berpunca apabila salah seorang mangsa, Mohd Azraie Daud yang sudah biasa membantu orang dalam kesusahan menerusi perkongsian di laman sosial Facebook bertemu pasangan ini dan berkongsi kisah mereka di laman sosial miliknya semalam.

Berikut perkongsian kisah sedih pasangan ini yang dimuat naik olehnya:

Cerita semalam,aku balik dari kedah,singgah ke kota bharu untuk ambik anak dan isteri,elok sampai rumah mentua di pulau melaka,Allah tidurkan aku..kul 12.30 pagi Allah kejutkan aku. Siap2 semua barang dalam kereta,kami pun bertolak,sampai di traffic light pulau melaka,aku nak topup minyak kereta, biasanya aku akan topup di Tok Bali tapi mlm tadi, Allah gerakkan hati untuk topup di Petronas Pulau Melaka tu jugak.

Waktu tu hujan renyai2. Elok aku parking je kereta kat pam tu. Aku tengok family ni. Aku pi bayar duit minyak dan terus isi sambil usha family ini. Aku tengok anak kecil tu bermain di samping ibu dia yang duduk. Ayah dia kelihatan duduk dibalik motor sambil muka tunduk kebawah. Aku perasan ada sorang lagi anak dia tidur atas motor sambil selimut dengan kain batik.

penipu

Selesai pam minyak,aku terus tuju ke arah diorang..aku tanya, dari mana nak ke mana? si isteri jawab”dari pasir putih, nak ambik anak kt husm, anak dah dua minggu di wad sebab jangkitan paru2.. hari ni dah boleh keluar, pi pasir putih nak pinjam duit dengan mak sedaranya, tapi tak dapat, sampai sini minyak motor habis, tapi duit tak ada nak isi, rumah plak kt rantau panjang”.

Mata siisteri tu dah mula berair. aku dapat rasa air mata tu ikhlas.. Aku perhati kt motor dia, ada sticker ustaz azhar idrus,suami pun pakai kopiah. Aku dh mula simpati dan rasa diorg ni jujur dan orang baik2. Lepas tu aku tengok kaki dia macam sakit, aku pun tanya la sakit apa, kencing manis ke? Si isteri tu bagitau, dia sakit misteri, lepas berubat di perubatan islam di Bangi, baru sembuh. Doktor hampir2 potong kaki dia..masa tu adalah dua tiga orang datang menghampiri kami, aku terangkan masalah diorang dan aku bagitau kalau2 org2 yang datang tu nak bantu.. alhamdulillah dengan rela hati, beberapa orang menghulurkan note2 biru dan hijau. raut wajah mereka terus berubah ceria.. masa tu terasa nikmat yang Allah bagi..

penipu2

Walaupun aku hanya berMyvi bukan mercedes atau bmw, tapi ada orang yang lagi susah.. aku teringat masa kecik2 dulu, kehidupan keluargaku kais pagi makan pagi, pernah dihalau dan dihina kerana kemiskinan keluarga kami. Kini hidup kami banyak berubah berkat ketabahan ayah dan mak memastikan kami berjaya dalam pelajaran walaupun kami orang miskin.. aku ada ambik no fon abang ni. Nama dia nasrul. Dia sudah sebulan tak kerja sebab jaga anak dia di husm. Isteri dia jalan bertongkat. Tak mampu nak urus sendiri. Sebab tu dia tak berduit. Dia kerje mekanik di bengkel kereta.. insyaAllah aku akan melawat mereka pada minggu depan. Saya akan siasat dahulu sebelum apa2 sumbangan dikutip. insyaAllah.

Perkongsian ini segera mendapat maklum balas mereka yang simpati dan dikongsikan di laman sosial.

Bagaimanapun niat ikhlas ini akhirnya membuka mata mereka yang pernah tertipu dengan suami isteri ini apabila mereka turut menjaja kisah yang sama.


Ini sebahagian daripada mereka yang telah tertipu dan menjadi mangsa pasangan suami isteri ini..

tipu5

tipu4

tipu2(2)

tipu

Bukan satu dua.. tetapi dah banyak kali rupanya pasangan ini meraih duit menggunakan modus operandi serupa iaitu berkongsi cerita sedih yang direka-reka malah tanpa takut menggunakan nama Tuhan!

Diharapkan selepas perkara ini terbongkar bukan sahaja tiada lagi yang tertipu tetapi pasangan ini dapat dibantu supaya kembali ke pangkal jalan.

Paling penting, anak-anak kecil yang dijadikan alat menagih simpati pasangan ini diselamatkan daripada terpalit jadi mangsa kehidupan hitam ibu bapa. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=tD_NMeNAz9U

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori