Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Kekasih Madonna Didenda...

BEKAS teman lelaki Madonna iaitu Brahim Zaibat telah didenda satu euro oleh mahkamah...

PRU14: Penyokong PH Rai...

PUTRAJAYA - Lebih 1,000 penyokong Pakatan Harapan (PH) berhimpun di Persiaran Perdana di...

Kerajaan Baharu Dituntut Siasat...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menuntut kerajaan baharu menyiasat semula kes...

Bantailah, Saya Tak Kisah...

BERIKUTAN gambar viral nasi goreng tiada GST yang dimuat naik oleh Datuk Ahmad...

PATI Sanggup Sembunyi Celah Enjin Dan Radiator

MADRID – Seorang lelaki menyangka dapat menyelinap masuk ke Eropah dengan meringkuk dalam enjin kereta yang memasuki Ceuta di Sepanyol dari Maghribi.

Lelaki warga Guinea itu bernasib baik kerana masih panjang umur walaupun ‘disumbatkan’ antara blok enjin dan radiator sebuah kereta sebelum ditemui polis sempadan yang mengesyaki sesuatu tidak kena selepas melihat pemandu kenderaan itu resah.

Lelaki terbabit dibawa ke hospital dan dirawat kerana mengalami kesan sampingan akibat kepanasan melampau serta menghidu asap petrol. Menurut doktor, lelaki itu mungkin maut jika dibiarkan lebih lama di situ.

Seorang lagi migran, juga dari Guinea ditemui dalam ruang kecil di belakang tempat duduk kereta berkenaan. Dia juga dihantar ke hospital untuk dirawat kerana kejang otot dan nyah hidrat.

Kesanggupan mereka itu menunjukkan betapa migran sanggup mengambil pelbagai risiko semata-mata mahu memulakan kehidupan baru di Eropah.

Awal bulan ini, seorang migran mati selepas menyorok dalam bagasi selama kira-kira lima jam di atas kapal yang belayar ke Sepanyol.

Mangsa berusia 27 tahun itu menyumbatkan dirinya dalam beg berkenaan yang dimasukkan dalam kereta sebelum dinaikkan ke feri dari Melilla ke Almeria oleh abangnya.


Malangnya, dia ditemui mati oleh abangnya sejurus sebelum feri itu berlabuh lima jam kemudian.

Mei lalu budak lelaki berusia lapan tahun dari Ivory Coast, Adou Ouattara, disorokkan dalam bagasi wanita yang cuba menyeludupnya memasuki Sepanyol.

Pegawai kastam mengambil tindakan selepas imejnya dilihat jelas dalam mesin x-ray.

Dia diserahkan kepada ibunya yang tinggal di Sepanyol secara sah. Ayahnya ditahan dan dipenjara selepas didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak dan menyeludupnya masuk ke negara itu.

Selain itu, 15 orang ditahan awal bulan ini di Sepanyol kerana menyeludup migran dari Maghribi menaiki skuter air perbuatan yang dianggap amat berbahaya oleh pihak berkuasa. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=WwtiaHuMc7M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori